Gunung Mayon
Gunung Mayon

Gunung Mayon

Gunung Mayon adalah sebuah gunung berapi yang terletak di daerah Albay, negeri Bicol, Filipina. Bentuk kon yang paling sempurna dianggap oleh kebanyakan orang lebih cantik daripada Gunung Fuji di Jepun. Malah hanya beberapa kilometer ke selatan gunung berkenaan adalah Kota Legazpi.Gunung ini menjadi tumpuan pelancong kerana 48 kali meletus termasuk 2006. Mayon termasuk keajaipan alam semulajadi ke-7 dunia.Mayon dikelaskan oleh pakar gunung berapi sebagai stratovolkano (gunung berapi komposit). Konnya yang bersimetri telah dibentuk menerusi aliran piroklastik dan lava. Mayon merupakan gunung berapi yang paling aktif volcano di negara tersebut, telah banyak kali meletus sebanyak 50 kali di sepanjang 400 tahun.Letusan Mayon yang paling dahsyat telah wujud pada 1 Februari, 1814. Pengaliran lava telah membenam pekan Cagsawa dan 1,200 orang hilang. Hanya menara loceng gereja pekan berkenaan yang tinggal. Ia terletak di antara Plat Eurasian dan Plat Filipina serta merupakan satu sempadan plat yang memusnah. Di mana ada plat bertemu dengan plat lautan ia menolak plat lautan ke dalam, menolak magma ke atas.

Gunung Mayon

Letusan terakhir 2006 (berterusan)
Lokasi Albay, Filipina
Tonjolan 2,447 meter (8,028 ka)
Jenis gunung Stratovolkano
Ketinggian 2,463 m (8,081 ka)